JAWATANKUASA KESKEP 2016-2018

Monday, 5 November 2012

BENGKEL PENGURUSAN BERAT BADAN & KESIHATAN DAN BENGKEL PENJAGAAN WAJAH & TEKNIK SOLEKAN

Menyedari kepentingan pengetahuan dalam pengurusan kesihatan dan teknik penjagaan wajah, Biro Sosial dan Kebudayaan menjemput warga KESKEP hadir ke Bengkel yang akan dianjurkan seperti berikut:



PENGURUSAN BERAT BADAN DAN KESIHATAN
5 November 2012 (Isnin)
12.30 - 2.00 petang
Bilik Mesyuarat Aras 3 Blok E 12
 Penyertaan adalah percuma dan makan tengah hari disediakan..




 BENGKEL PENJAGAAN WAJAH DAN TEKNIK SOLEKAN
9 November 2012 (Jumaat)
2.30 - 4.30 petang
Bilik Mesyuarat Cempaka, Aras 5 Blok E 12
Penyertaan adalah percuma dan minum petang hari disediakan..


Jemput datang beramai-ramai!

Monday, 3 September 2012

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA


Biro Publisiti dan Seranta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga KESKEP!

Maaf Zahir dan Batin...

UCAPAN PENGHARGAAN

Biro Publisiti & Seranta mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Semarakkan Ramadhan dan Semarakkan Aidilfitri terutamanya kepada team dedikasi dan semua ahli KESKEP yang memberi sambutan hangat terhadap aktiviti ini.

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
LAIN KALI JOIN LAH LAGI....

Wednesday, 15 August 2012

KENALI DOSA DAN JAUHINYA

Berdosa kepada siapa?

1. Allah s.w.t
Salah satu dosa terhadap Nya ialah syirik kepada Allah. Namun, ada perlakuan yang secara tidak sedar yang menyebabkan berlakunya syirik. Itulah perbuatan sihir atau mencari orang lain seperti bomoh dan dukun untuk menyelesaikan masalah. Sedangkan, Allah sahaja Tuhan yang berhak disembah.



 
2. Diri Sendiri
Seseorang ditegah daripada menzalimi dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa seperti membalas dendam terhadap orang lain, menukar jantina atas dasar kecenderungan sejak kecil, berlebihan ketika makan dan sebagainya. Dosa yang paling besar terhadap diri sendiri adalah membunuh diri kerana tiada lagi kesempatan bertaubat.

3. Orang lain
Antara contoh perbuatan dosa kepada orang lain seperti mencuri dan yang seumpamanya, membuat bising di tempat umum, merokok, membawa khabar buruk tentang diri seseorang dan sebagainya. Perbuatan ini biasanya hanya untuk memuaskan hawa nafsu seseorang tanpa mengambil kira kesan yang akan orang lain peroleh.


Kategori Dosa

1. Aqidah 
- Syirik dan menyekutukan Allah
- Mengamalkan sihir

2. Akhlak
- Tidak menunaikan hak kepada kedua-dua ibu bapa dan sesama manusia
- Berlaku zalim terhadap makhluk Allah yang lain seperti haiwan dan tumbuhan 
- Memiliki sifat mazmumah dalam diri seperti hasad, tipu daya, khianat dan sebagainya

3. Ibadah 
- Meringan-ringankan suruhan Allah seperti solat, puasa dan zakat.
- Apabila lalai melaksanakan perintah Allah, tidak bersegera menggantikannya. Contohnya, tidak mengqadakan solat fardu yang ditinggalkan dan tidak membayar fidyah atas puasa yang tidak sempat diqada.

4. Muamalat
- Membuat urusan bersangkutan riba.
- Mengurangi timbangan dalam jual beli.


(Sedutan: Majalah solusi Isu 35)


-Artikel sumbangan Biro Sosial & Kebudayaan-

Monday, 13 August 2012

TELEKUNG PASANG




Top dan Bottom boleh beli secara berasingan

Harga antara RM55 - RM300

Untuk maklumat lanjut hubungi Cik Amalina binti Mohd Akram di talian:
03-88847109 @ 012-3607064

Thursday, 9 August 2012

HOT PEN QURAN







Super digital quran pen.
New Digital Quran read pen with Tajweed functionQuran Read Pen is an assistive reading device that is designed for Muslims, It gives the kids standard, pure sound of the quran at the very beginning in their learning the first class of the great quran.


1. a quran read pen all complete quran book;

2. a gold-filled and well painted holy quran sounds book;

3. Rechargeable battery, A-Grade lithium battery built-in;

4. read the whole sura by touching the sura title;

5. 4G memory for MP3 or new reciter voice;

6. integrate with a high fidelity speaker and support the earphone

7. there are 23 translate language voice in it;

8. can read the quran text by touching the paper loudly and high fidelity;

9. read relevant sentence by touching anywhere of the sentence and repeat by touching again;

10. 23 reciters;

11. recording voice for comparison quran sounds;

12. earphone can be plugged in for a concentrated and prive learning



Harga : RM300

Cara bayaran : Tunai atau Ansuran RM50 x 6 bulan



untuk keterangan lanjut sila hubungi: Puan Shaniza binti Md Sharif di talian 03-8884 7846.

Tuesday, 7 August 2012

SEMARAKKAN AIDILFITRI

Semarakkan semangat Aidilfitri dengan mendedikasikan ucapan selamat hari raya beserta coklat kepada bos-bos, sahabat handai, rakan taulan,  dan insan tersayang....








Setiap dedikasi disertakan dengan kad ucapan hari raya yang cantik secara percuma! khidmat penghantaran juga percuma...! (tak perlu beli setem...)


Pilihan design kad uacapan Selamat Hari Raya

 
Jangan tunggu lama-lama.... Meriahkan hari raya anda... Untuk tempahan sila hubungi:

1. Puan Hafizah binti Ismail - 03-88847102
2. Cik Suhaiza binti Yusof - 03-88847783
3. Puan Nurul Aini binti Ibrahim - 03-88847114
4. Puan Rafidah binti Arshad - 03-88847117


Tarikh tempahan 7-10 Ogos 2012

edaran kepada penerima mulai 13 Ogos 2012


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....!