JAWATANKUASA KESKEP 2016-2018

Monday, 5 November 2012

BENGKEL PENGURUSAN BERAT BADAN & KESIHATAN DAN BENGKEL PENJAGAAN WAJAH & TEKNIK SOLEKAN

Menyedari kepentingan pengetahuan dalam pengurusan kesihatan dan teknik penjagaan wajah, Biro Sosial dan Kebudayaan menjemput warga KESKEP hadir ke Bengkel yang akan dianjurkan seperti berikut:



PENGURUSAN BERAT BADAN DAN KESIHATAN
5 November 2012 (Isnin)
12.30 - 2.00 petang
Bilik Mesyuarat Aras 3 Blok E 12
 Penyertaan adalah percuma dan makan tengah hari disediakan..




 BENGKEL PENJAGAAN WAJAH DAN TEKNIK SOLEKAN
9 November 2012 (Jumaat)
2.30 - 4.30 petang
Bilik Mesyuarat Cempaka, Aras 5 Blok E 12
Penyertaan adalah percuma dan minum petang hari disediakan..


Jemput datang beramai-ramai!

Monday, 3 September 2012

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA


Biro Publisiti dan Seranta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga KESKEP!

Maaf Zahir dan Batin...

UCAPAN PENGHARGAAN

Biro Publisiti & Seranta mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Semarakkan Ramadhan dan Semarakkan Aidilfitri terutamanya kepada team dedikasi dan semua ahli KESKEP yang memberi sambutan hangat terhadap aktiviti ini.

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
LAIN KALI JOIN LAH LAGI....

Wednesday, 15 August 2012

KENALI DOSA DAN JAUHINYA

Berdosa kepada siapa?

1. Allah s.w.t
Salah satu dosa terhadap Nya ialah syirik kepada Allah. Namun, ada perlakuan yang secara tidak sedar yang menyebabkan berlakunya syirik. Itulah perbuatan sihir atau mencari orang lain seperti bomoh dan dukun untuk menyelesaikan masalah. Sedangkan, Allah sahaja Tuhan yang berhak disembah.



 
2. Diri Sendiri
Seseorang ditegah daripada menzalimi dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa seperti membalas dendam terhadap orang lain, menukar jantina atas dasar kecenderungan sejak kecil, berlebihan ketika makan dan sebagainya. Dosa yang paling besar terhadap diri sendiri adalah membunuh diri kerana tiada lagi kesempatan bertaubat.

3. Orang lain
Antara contoh perbuatan dosa kepada orang lain seperti mencuri dan yang seumpamanya, membuat bising di tempat umum, merokok, membawa khabar buruk tentang diri seseorang dan sebagainya. Perbuatan ini biasanya hanya untuk memuaskan hawa nafsu seseorang tanpa mengambil kira kesan yang akan orang lain peroleh.


Kategori Dosa

1. Aqidah 
- Syirik dan menyekutukan Allah
- Mengamalkan sihir

2. Akhlak
- Tidak menunaikan hak kepada kedua-dua ibu bapa dan sesama manusia
- Berlaku zalim terhadap makhluk Allah yang lain seperti haiwan dan tumbuhan 
- Memiliki sifat mazmumah dalam diri seperti hasad, tipu daya, khianat dan sebagainya

3. Ibadah 
- Meringan-ringankan suruhan Allah seperti solat, puasa dan zakat.
- Apabila lalai melaksanakan perintah Allah, tidak bersegera menggantikannya. Contohnya, tidak mengqadakan solat fardu yang ditinggalkan dan tidak membayar fidyah atas puasa yang tidak sempat diqada.

4. Muamalat
- Membuat urusan bersangkutan riba.
- Mengurangi timbangan dalam jual beli.


(Sedutan: Majalah solusi Isu 35)


-Artikel sumbangan Biro Sosial & Kebudayaan-

Monday, 13 August 2012

TELEKUNG PASANG




Top dan Bottom boleh beli secara berasingan

Harga antara RM55 - RM300

Untuk maklumat lanjut hubungi Cik Amalina binti Mohd Akram di talian:
03-88847109 @ 012-3607064

Thursday, 9 August 2012

HOT PEN QURAN







Super digital quran pen.
New Digital Quran read pen with Tajweed functionQuran Read Pen is an assistive reading device that is designed for Muslims, It gives the kids standard, pure sound of the quran at the very beginning in their learning the first class of the great quran.


1. a quran read pen all complete quran book;

2. a gold-filled and well painted holy quran sounds book;

3. Rechargeable battery, A-Grade lithium battery built-in;

4. read the whole sura by touching the sura title;

5. 4G memory for MP3 or new reciter voice;

6. integrate with a high fidelity speaker and support the earphone

7. there are 23 translate language voice in it;

8. can read the quran text by touching the paper loudly and high fidelity;

9. read relevant sentence by touching anywhere of the sentence and repeat by touching again;

10. 23 reciters;

11. recording voice for comparison quran sounds;

12. earphone can be plugged in for a concentrated and prive learning



Harga : RM300

Cara bayaran : Tunai atau Ansuran RM50 x 6 bulan



untuk keterangan lanjut sila hubungi: Puan Shaniza binti Md Sharif di talian 03-8884 7846.

Tuesday, 7 August 2012

SEMARAKKAN AIDILFITRI

Semarakkan semangat Aidilfitri dengan mendedikasikan ucapan selamat hari raya beserta coklat kepada bos-bos, sahabat handai, rakan taulan,  dan insan tersayang....








Setiap dedikasi disertakan dengan kad ucapan hari raya yang cantik secara percuma! khidmat penghantaran juga percuma...! (tak perlu beli setem...)


Pilihan design kad uacapan Selamat Hari Raya

 
Jangan tunggu lama-lama.... Meriahkan hari raya anda... Untuk tempahan sila hubungi:

1. Puan Hafizah binti Ismail - 03-88847102
2. Cik Suhaiza binti Yusof - 03-88847783
3. Puan Nurul Aini binti Ibrahim - 03-88847114
4. Puan Rafidah binti Arshad - 03-88847117


Tarikh tempahan 7-10 Ogos 2012

edaran kepada penerima mulai 13 Ogos 2012


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....!

KELAS TEKNIK BERTUDUNG


Anda ingin tampil anggun seperti Irma Hasmie???


atau Hana Tajima???



Jemput datang ke Kelas Teknik Bertudung serta Aksesori Mengikut Kesesuaian ke Pejabat

oleh Puan Rozila binti Mohamad 

dari Ikhtiar Kreatif Sdn Bhd

anjuran Biro Sosial & Kebudayaan.


Tarikh, masa dan tempat seperti ketetapan berikut:

8 Ogos 2012 (Rabu)
1.00 - 2.00 petang
Bilik Mesyuarat Cempaka, Aras 5, Blok E 12, Parcel E



Jangan lepaskan peluang ini...!

Friday, 3 August 2012

BOLEH KE MAKAN ATAU MINUM BERDIRI??

Glup!!

Dalam riwayat Muslim, daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w  bersabda yang bermaksud:
“Jangan ada kalian bersungguh-sungguh minum sambil berdiri ,
Sesiapa yang lupa maka HENDAKLAH DIA MEMUNTAHKANNYA.”


Dari kaca mata kesihatan, keburukan makan atau minum berdiri ialah:

1.          Apabila berdiri SARAF -SARAF manusia berada dalam keadaan TEGANG ia sedang bekerja keras untuk memastikan kedudukan otot stabil agar tubuh tidak jatuh ketika berdiri. Ia melibatkan kombinasi banyak sistem saraf yang mengkoordinasikan dengan sistem otot termasuk lah sistem dalam usus.

2.          Makan atau minum sewaktu berdiri juga boleh merangsang  saraf yang mengawal perut                   iaitu ‘vagus nerve’(10th cranial nerva). Urat ini juga berfungsi untuk memperlahankan jantung. Rangsangan ‘vagus nerve’ ini boleh menyebabkan jantung menjadi perlahan dan menyebabkan seseorang itu boleh jatuh pengsan atau pitam seketika. Bagi pesakit jantung. Ia boleh membawa MAUT.

3.          Makan dan minum secara berdiri boleh menyebabkan LUKA atau “ULCER” pada perut. Makanan atau minuman yang masuk apabila berdiri akan menghentam dengan keras dinding usus seseorang menyebabkan ‘ulcer’ atau luka berlaku. Kajian perubatan mendapati 95% luka pada perut berlaku pada tempat biasa berlakunya perlanggaran antara makanan dan dinding perut.

4.          Makan dan minum sambil berdiri boleh menyebabkan kerosakkan pada saluran pencernaan. Apabila berdiri, makan minuman akan JATUH DERAS ke dalam SALURAN PENCERNAAN. Jika hal ini berlarutan, ia akan menyebabkan USUS JATUH dan HILANG SEBAHAGIAN FUNGSINYA.


(Sumber medik: Dr. Farhan Hadi mohd Taib)

-Artikel sumbangan Biro Sosial & Kebudayaan-

Thursday, 2 August 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN, BERBUKA PUASA DAN SOLAT TERAWIH



Muslimin dan muslimat dijemput hadir

PERTANDINGAN FOTOGRAFI KESKEP

 
TEMA:
WARNA-WARNA RAMADHAN BPSM



Syarat Penyertaan :

1. Pertandingan terbuka kepada semua warga BPSM, KPM.

2. Setiap peserta boleh mengemukakan sejumlah 1 hingga 3 keping gambar bagi 1 penyertaan. Walaubagaimanapun, hanya 1 gambar terbaik sahaja yang akan dipertimbangkan.

3. Peserta boleh menggunakan kamera digital (DSLR, kompak ataupun kamera telefon). Saiz minimum adalah 500KB.

4. Karya yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan fotografi. Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang karya peserta untuk tujuan publisiti atau promosi.

5. Teknik mengambil gambar adalah bebas. Gambar digital “super-imposed” tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah atau apa sahaja imej digital atau manipulasi juga tidak akan diterima. Hanya tindakan merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaya dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.

6. Lokasi gambar yang diambil hendaklah berada disekitar BPSM Blok E12 sahaja dan bercirikan tema ‘Warna-Warna Ramadhan BPSM’. Gambar yang diambil selain daripada lokasi tersebut dikira tidak layak dipertimbangkan.

7. Gambar penyertaan mestilah dihantar ke
fotokeskep@gmail.com dengan butiran berikut:

     Ã˜ Nama peserta, No. Kad Pengenalan & No. telefon untuk dihubungi

     Ø Cawangan / Unit

     Ø Tajuk Foto

     Ø Keterangan Foto (tidak lebih dari 30 patah perkataan)

8. Tajuk & penerangan mengenai gambar hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia.

9. Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur sebelum 16 Ogos 2012.

10. Hadiah bagi pemenang adalah seperti berikut :
Tempat pertama : RM 200.00
Tempat kedua    : RM 150.00
Tempat ketiga    : RM 100.00

(Semua penyertaan akan menerima sijil penyertaan)


11. Keputusan pertandingan adalah MUKTAMAD.


12. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Muzzamil di talian: 03-8884 7771

JUALAN BIRO EKONOMI BIL. 2/2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Ekonomi akan mengadakan jualan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 9 – 10 Ogos 2012 (Khamis & Jumaat)
Masa: 12.00 – 3.00 petang
Tempat: Bilik Jamuan (Sebelah Bilik Mesyuarat Cempaka)
                  Aras 5, Blok E12, Kompleks E
 
 
Antara barangan yang akan dijual adalah:
 
 
Pelbagai jenis aksesori  (termasuk perhiasan wanita, kerongsang dll)


Makanan (pelbagai jenis kek, baulu gulung, biskut raya dll)


Telekung dan jubah


Baju batik (lelaki),  kain batik dan kain pasang
(pada harga yang istimewa dan bayaran secara ansuran, termasuk fesyen baru untuk Hari Raya)


Jemput datang beramai-ramai~
 

Friday, 27 July 2012

LAPORAN KEJOHANAN BADMINTON BEREGU TERBUKA KESKEP 2012

Biro Sukan KESKEP telah mengadakan satu Kejohanan Badminton Beregu Terbuka KESKEP 2012 bertempat di Dewan Badminton Presint 15(A) bermula jam 6.00 sehingga 7:00 petang sepanjang bulan Mei yang lepas. Kejohanan yang julung-julung kalinya dapat diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pegawai dan kakitangan BPSM di mana seramai lima belas (15) beregu lelaki telah bertanding dan telah dibahagikan kepada dua (2) kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Senarai nama beregu-beregu yang telah menyertai kejohanan ini adalah seperti berikut :

KUMPULAN  A
KUMPULAN B
A1. SHAHIR/SHAHRIL
B1. MOHD FUZI/MOHD  EZANEY
A2. ABU BAKAR/JAAFAR
B2. WAHYUN ANUAR/SHAWALAZLI
A3. HAMIRIZAM / AHAMD QUSHYAIRI
B3. WAN MUHAMMAD/FADLI JOHAR
A4. SHAHRUL NIZAM/AINUL FARID
B4. ZULKIFLI /MOHD ZAKI
A5. ASYRAF/MOHD IDRIS
B5. AEDY NORALI/AIMY SYAKIRIN
A6. NURUL AMIN/ MOHD FASHAM
B6. TUAN AHMAD TUAN WIL/AZMI ABDUL LATIP
A7. SHAHRUL RIDZUAN/SAIFUL AZMI
B7. TAUFIK/ HAIRI


Pada mulanya, semua beregu yang bertanding telah berlawan secara liga mengikut kumpulan masing-masing di mana beregu yang diwakili oleh Encik Aedy Norali dan Encik Aimy Syakirin telah mengungguli Kumpulan A dengan mencatatkan kemenangan TANPA KALAH dan begitu juga dengan juara bagi Kumpulan B yang dimenangi oleh beregu yang diwakili EnciK Fahsyam dan Encik Nurul Amin yang turut mencatatkan kemenangan TANPA KALAH di peringkat kumpulan.

Keputusan perlawanan di peringkat kumpulan adalah seperti berikut:


KUMPULAN A
NAMA
SHAHIR/
SHAHRIL
EN. BURN/
JAAFAR
QUSAIRI/
AMIR
SHAHRUL/
FARID
ASHRAF/
DERIS
AMIN/
FASHAM
SHAHRUL R/
SAIFUL AZMI
KEDUDUKAN
 (M/K)
SHAHIR/
SHAHRIL
16-21/
15-21
(0-2)
21-16/
11-21/
15-21
(1-2)
21-9-/
21-13
(2-0)
22-20/
21-17
(2-0)
9-21/
14-21
(0-2)
21-16/
21-17
(2-0)
7/6
 (3)
EN. BURN/
JAAFAR
21-16/
21-15
(2-0)
21-9/
19-21/
21-13
(2-1)
w/o
(2-0)
21-17/
21-18
(2-0)
21-10/
15-21/
24-25
(1-2)
21-6/
21-15
(2-0)
11/3
(2)
QUSAIRI/
AMIR
16-21/
21-11/
21-15
(2-1)
9-21/
21-19/
13-21
(1-2)
18-21/
21-12/
21-18
(2-1)
15-21/
18-21
(0-2)
16-21/
10-21
(0-2)
21-17/
21-10
(2-0)
7/8
(4)
SHAHRUL/
FARID
9-21/
13-21
(0-2)
w/o
(0-2)
21-18/
12-21/
18-21
(1-2)
21-17/
21-16
(2-0)
12-21/
22-20/
19-21
(1-2)
21-13/
21-10
(2-0)
6/8
(5)
ASHRAF/
DERIS
20-22/
17-21
(0-2)
17-21/
18-21
(0-2)
21-15/
21-18
(2-0)
17-21/
16-21
(0-2)
18-21/
13-21
(0-2)
21-15/
23-20
(2-0)
4/8
(6)
AMIN/
FASHAM
21-9/
21-14
(2-0)
10-21/
21-15/
25-24
(2-1)
21-16/
21-10
(2-0)
21-12/
20-22/
21-19
(2-1)
21-18/
21-13
(2-0)
21-14/
21-13
(2-0)
12/2
 (1)
SHAHRUL R/
SAIFUL AZMI
16-21/
17-21
(0-2)
6-21/
15-21
(0-2)
17-21/
10-21
(0-2)
13-21/
10-21
(0-2)
15-21/
20-23
(0-2)
14-21/
13-21
(0-2)
0/12
(7)


KUMPULAN B
NAMA
FUZI/
EZANY
WAHYUN/
SHAWAL
WAN MUHAMMAD/
FADLI
ZUL NAKA/
ZAKI
EDI/
ANGAH
TUAN AHMAD/
AZMI
TAUFIK/
HAIRI
KEDUDUKAN (M/K)
FUZI/
EZANY

(0-2)
21-13/
21-16
(2-0)
21-13/
21-7
(2-0)
18-21/
22-24
(0-2)
21-14/
22-24/
21-12
(2-1)
21-15/
21-17
(2-0)
8/5
(3)
WAHYUN/
SHAWAL
(2-0)

19-21/
13-21
(0-2)
(1-2)
19-21/
8-21
(0-2)
15-21/
12-21
(0-2)
13-21/
31-21
(0-2)
3/10
 (7)
WAN MUHAMMAD/
FADLI
13-21/
16-21
(0-2)
21-19/
21-13
(2-0)

19-21/
21-19/
14-21
(1-2)
18-21/
13-21
(0-2)
21-17/
14-21/
12-21
(1-2)
25-23/
21-16
(2-0)
6/8
 (4)
ZUL NAKA/
ZAKI
13-21/
7-21
(0-2)
(2-1)
21-19/
19-21/
21-14
(2-1)

9-21/
11-21
(0-2)
14-21/
17-21
(0-2)
21-17/
10-21/
16-21
(1-2)
5/10 (5)
EDI/
ANGAH
21-18/
24-22
(2-0)
21-19/
21-8
(2-0)
21-18/
21-13
(2-0)
21-9/
21-11
(2-0)

21-7/
21-10
(2-0)
21-13/
21-10
(2-0)
12/0
(1)
TUAN AHMAD/
AZMI
14-21/
24-22/
12-21
(1-2)
21-15/
21-12
(2-0)
17-21/
21-14/
21-12
(2-1)
21-19/
21-17
(2-0)
7-21/
10-21
(0-2)

21-14/
21-17
(2-0)
9/5
(2)
TAUFIK/
HAIRI
15-21/
17-21
(0-2)
21-13/
21-13
(2-0)
23-25/
16-21
(0-2)
17-21/
21-10/
21-16
(2-1)
13-21/
10-21
(0-2)
14-21/
17-21
(0-2)

4/9
(6)



Empat beregu teratas dari setiap kumpulan telah layak ke peringkat suku akhir di mana di peringkat ini setiap beregu telah menyerlahkan kehebatan masing-masing. Ini dapat dibuktikan dengan pertarungan sengit di peringkat suku dan separuh akhir sehinggakan
beregu yang disandarkan harapan untuk menjuarai kejohanan ini iaitu beregu yang diwakili oleh dua (2) orang KPSU berwibawa iaitu Tuan Ahmad dan Encik Azmi telah tewas di tangan Juara Kumpulan B di peringkat kumpulan iaitu beregu Encik Fahsyam dan Encik Nurul Amin.

Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Beregu Terbuka KESKEP 2012 telah menyaksikan pertembungan sengit antara dua (2) juara kumpulan iaitu beregu Encik Aedy dan Encik Aimy Syakirin dari kumpulan A bertemu beregu Encik Fahsyam dan Encik Nurul Amin dari kumpulan B. Ternyata reputasi selaku juara kumpulan dengan mencatatkan kemenangan tanpa kalah sebelum ini telah menobatkan beregu yang diwakil Encik Fahsyam Che Abdul Malik dan Encik Nurul Amin Abdul Karim sebagai Juara Kejohanan Badminton Beregu Terbuka KESKEP bagi tahun 2012.

Ternyata menurut komen positif yang diterima oleh para peserta yang telah menyertai kejohanan pada tahun ini, kejohanan seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dan mungkin akan lebih meriah jika melibatkan penglibatan beregu perempuan yang pasti menantikan peluang untuk membuktikan kehebatan masing-masing. Syabas dan tahniah kepada para pemenang dan kepada yang telah tewas, tingkatkan lagi usaha anda bagi menghadapi kejohanan yang seterusnya.

Sekian, terima kasih.


Ditulis oleh:

Mohd Riza Mohmed Zuhri
Setiausaha KESKEP


Barisan Pemenang dan Finalis Kejohanan Badminton Beregu Terbuka KESKEP 2012
Berdiri dari kiri : Azmi, Syawal, Hamirizam, Shahril, Amran, Fahsyam, Amin, Tuan Mat, Aedy, Fuzi
Duduk dari kiri : Aimy Syakirin, Ezany
  
Juara Kejohanan Badminton Beregu Terbuka KESKEP 2012, Encik 
                 Fahsyam Che Abdul Malik dan Encik Nurul Amin Abdul Karim menerima
                 Hadiah dari Encik Amran Bin Ariffin