JAWATANKUASA KESKEP 2016-2018

Friday, 3 August 2012

BOLEH KE MAKAN ATAU MINUM BERDIRI??

Glup!!

Dalam riwayat Muslim, daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w  bersabda yang bermaksud:
“Jangan ada kalian bersungguh-sungguh minum sambil berdiri ,
Sesiapa yang lupa maka HENDAKLAH DIA MEMUNTAHKANNYA.”


Dari kaca mata kesihatan, keburukan makan atau minum berdiri ialah:

1.          Apabila berdiri SARAF -SARAF manusia berada dalam keadaan TEGANG ia sedang bekerja keras untuk memastikan kedudukan otot stabil agar tubuh tidak jatuh ketika berdiri. Ia melibatkan kombinasi banyak sistem saraf yang mengkoordinasikan dengan sistem otot termasuk lah sistem dalam usus.

2.          Makan atau minum sewaktu berdiri juga boleh merangsang  saraf yang mengawal perut                   iaitu ‘vagus nerve’(10th cranial nerva). Urat ini juga berfungsi untuk memperlahankan jantung. Rangsangan ‘vagus nerve’ ini boleh menyebabkan jantung menjadi perlahan dan menyebabkan seseorang itu boleh jatuh pengsan atau pitam seketika. Bagi pesakit jantung. Ia boleh membawa MAUT.

3.          Makan dan minum secara berdiri boleh menyebabkan LUKA atau “ULCER” pada perut. Makanan atau minuman yang masuk apabila berdiri akan menghentam dengan keras dinding usus seseorang menyebabkan ‘ulcer’ atau luka berlaku. Kajian perubatan mendapati 95% luka pada perut berlaku pada tempat biasa berlakunya perlanggaran antara makanan dan dinding perut.

4.          Makan dan minum sambil berdiri boleh menyebabkan kerosakkan pada saluran pencernaan. Apabila berdiri, makan minuman akan JATUH DERAS ke dalam SALURAN PENCERNAAN. Jika hal ini berlarutan, ia akan menyebabkan USUS JATUH dan HILANG SEBAHAGIAN FUNGSINYA.


(Sumber medik: Dr. Farhan Hadi mohd Taib)

-Artikel sumbangan Biro Sosial & Kebudayaan-

No comments:

Post a Comment