TEMA:
WARNA-WARNA RAMADHAN BPSM
Syarat Penyertaan :
1. Pertandingan terbuka kepada semua warga BPSM, KPM.
2. Setiap peserta boleh mengemukakan sejumlah 1 hingga 3 keping gambar bagi 1 penyertaan. Walaubagaimanapun, hanya 1 gambar terbaik sahaja yang akan dipertimbangkan.
3. Peserta boleh menggunakan kamera digital (DSLR, kompak ataupun kamera telefon). Saiz minimum adalah 500KB.
4. Karya yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan fotografi. Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang karya peserta untuk tujuan publisiti atau promosi.
5. Teknik mengambil gambar adalah bebas. Gambar digital “super-imposed” tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah atau apa sahaja imej digital atau manipulasi juga tidak akan diterima. Hanya tindakan merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaya dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.
6. Lokasi gambar yang diambil hendaklah berada disekitar BPSM Blok E12 sahaja dan bercirikan tema ‘Warna-Warna Ramadhan BPSM’. Gambar yang diambil selain daripada lokasi tersebut dikira tidak layak dipertimbangkan.
7. Gambar penyertaan mestilah dihantar ke fotokeskep@gmail.com dengan butiran berikut:
Ø Nama peserta, No. Kad Pengenalan & No. telefon untuk dihubungi
Ø Cawangan / Unit
Ø Tajuk Foto
Ø Keterangan Foto (tidak lebih dari 30 patah perkataan)
8. Tajuk & penerangan mengenai gambar hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia.
9. Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur sebelum 16 Ogos 2012.
10. Hadiah bagi pemenang adalah seperti berikut :
Tempat pertama : RM 200.00
Tempat kedua : RM 150.00
Tempat ketiga : RM 100.00
(Semua penyertaan akan menerima sijil penyertaan)
11. Keputusan pertandingan adalah MUKTAMAD.
12. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Muzzamil di talian: 03-8884 7771
No comments:
Post a Comment