1. Didahului dengan mengucapkan salam
2. Memperkenalkan diri dan meminta izin untuk bercakap
3. Memastikan nombor telefon adalah betul
Pastikan nombor yang di dailkan itu betul. Sekiranya salah, perlu meminta maaf kerana mengambil masanya.
4. Menghubung pada masa yang sesuai
Ketika ingin menelefon, pastikan masa itu betul-betul sesuai. Elakkan menghubungi ketika waktu solat, larut malam, pagi-pagi buta dan masa rehat pada waktu tengah hari kecuali jika ada hal terdesak.
5. Melakukan panggilan tidak lebih daripada tiga kali
9. Orang yang menelefon yang mengakhirkan perbualan
Tidak manis bagi tuan rumah meminta tetamu beransur dari rumahnya, begitu juga adab ketika menelefon perlu mengakhiri perbualan seberapa segera yang mungkin.
10. Meletakkan gagang telefon dengan lembut setelah selesai dan memberi salam
Meletakkan gagang telefon dengan keras akan menyebabkan orang yang menjawab telefon terkesan dan terasa hati. Mungkin juga mereka akan membuat andaian orang tersebut sedang dalam marah. Berhati-hati dalam percakapan dan tindakan yang boleh menyebabkan pergaduhan dan bersangka buruk. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
[Sedutan: Majalah solusi isu 42]
Orang yang menghubungi perlu memulai salam, seperti sunnah tetamu yang lebih dahulu memberi salam kepada tuan rumah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sebarkan salam antara kalian, nescaya kalian saling mencintai.”
(Riwayat al-Hakim)
2. Memperkenalkan diri dan meminta izin untuk bercakap
Orang yang menelefon perlu memperkenalkan diri dan meminta izin untuk bercakap sebelum memanjangkan bicara. Sekiranya mereka sibuk, perlu meminta maaf, kemudian tetapkan masa untuk menelefon semula.
3. Memastikan nombor telefon adalah betul
Pastikan nombor yang di dailkan itu betul. Sekiranya salah, perlu meminta maaf kerana mengambil masanya.
4. Menghubung pada masa yang sesuai
Ketika ingin menelefon, pastikan masa itu betul-betul sesuai. Elakkan menghubungi ketika waktu solat, larut malam, pagi-pagi buta dan masa rehat pada waktu tengah hari kecuali jika ada hal terdesak.
5. Melakukan panggilan tidak lebih daripada tiga kali
Ketika memberi salam meminta izin untuk masuk ke dalam rumah, salam tidak boleh diberi lebih daripada tiga kali. Begitu juga ketika ingin menelefon. Pemilik telefon mungkin sedang sibuk bekerja, melayan tetamu ataupun sedang beristirahat.
6. Gunakan suara yang sederhana, bukannya tinggi atau keras
Suara yang jelas melancarkan urusan si pemanggil kerana memudahkan penerima panggilan memahami mesej yang disampaikan. Suara yang tinggi boleh menimbulkan perbalahan. Allah s.w.t berfirman, maksud:
”Dan sederhankan langkahmu semasa berjalan juga rendahkan suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”
(Surah Luqman 31:19)
7. Wanita tidak melembutkan suaranya
Suara wanita bukanlah aurat, tetapi menjadi aurat apabila sengaja dilunakkan ketika bercakap menerusi telefon. Allah s.w.t mengingatkan kepada wanita, maksudnya:
”Jangan kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa becakap dengan lelaki asing) kerana itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu)”
(Surah al-Ahzab 33:32)
8. Memendekkan masa berbual setelah selesai urusan penting
Terkadang, ketika asyik berbual di telefon, sehingga berjam-jam lamanya boleh menyebabkn perbualan meleret kepada yang perkara yang tidak bermanfaat seperti hal makanan, pakaian, perhiasan, dan sebagainya.Perkara ini boleh menyebabkan pembaziran. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan jangan lah kamu membelanjakan hartamu dengan boros. Sesungguhnya pemboros itu saudara syaitan.”
(Surah al-Isra’17:26-27)
9. Orang yang menelefon yang mengakhirkan perbualan
Tidak manis bagi tuan rumah meminta tetamu beransur dari rumahnya, begitu juga adab ketika menelefon perlu mengakhiri perbualan seberapa segera yang mungkin.
10. Meletakkan gagang telefon dengan lembut setelah selesai dan memberi salam
Meletakkan gagang telefon dengan keras akan menyebabkan orang yang menjawab telefon terkesan dan terasa hati. Mungkin juga mereka akan membuat andaian orang tersebut sedang dalam marah. Berhati-hati dalam percakapan dan tindakan yang boleh menyebabkan pergaduhan dan bersangka buruk. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
”Dan katakan kepada hamba-hambaku ’hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar) sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan antara mereka,”
(Surah al –Isra’17:53)
[Sedutan: Majalah solusi isu 42]
-Artikel sumbangan Biro Sosial & Kebudayaan-
No comments:
Post a Comment