Puncak Gunung Kinabalu |
Guilin, China |
1. Pengalaman hidup
1. Pengalaman hidup
Mengembara ialah platform terbaik untuk mempelbagaikan pengalaman dan mengenalkan pasti tujuan hidup. Setiap tempat dan situasi akan memberi peluang untuk anda menikmati pelbagai pengalaman yang berbeza. Minat mengembara boleh dipupuk sejak kecil lagi.
2. Menjana ilmu
Pendidikan di luar lebih luas daripada pendidikan di dalam kelas dan ia boleh didapati melalui penngembaraan. Dengan mengembara, anda boleh meluaskan ilmu pengetahuan serta mencatatkan dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Anda akan menjadi semakin berkeyakinan, berani, bijak membuat keputusan dan menangani masalah.
3. Membentuk personaliti
Mengembara mewarnakan kehidupan anda. Bicara tentang pengembaraan kepada kawan-kawan dapat membuka mata mereka tentang anda dan dunia pengembaraan, malah anda mungkin menjadi inspirasi kepada mereka yang baru hendak keluar “melihat” dunia.
4. Mengayakan budaya
Pendedahan terhadap pelbagai budaya memberi impak dalam kehidupan anda. Dengan mempelajari budaya asing, anda dapat melihat sesuatu dari pelbagai perspektif. Seperti manusia, setiap budaya juga berbeza. Pertukaran budaya menjadikan anda lebih peka dengan keadaan sekeliling, minda lebih terbuka, fikiran luas ketika berbicara dan petah mengungkapkan pendapat.
5. Belajar berdikari
Apabila mengembara, semuanya bergantung pada diri sendiri. Perlu juga diingat, kadar pergantungan anda kepada Allah juga tinggi.
6. Menjadikan lebih bertanggungjawab
Anda bertanggungjawab menguruskan tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, makan minum, pasport dan perbelanjaan. Kesusahan dan kesulitan yang dialami menjadikan perjalanan anda lebih bermakna.
7. Belajar mengurus kewangan
Tiada zon selesa apabila anda keluar mengembara. Segala-galanya bergantung pada diri anda sendiri dalam mengawal keluar masuk kewangan. Pengembaraan menjadi platform terbaik untuk anda belajar mengurus kewangan.
Terlalu banyak untuk dilalui dan dilihat di dunia ini. Kenapa harus tunggu di kemudian hari untuk menikmati kehidupan anda?
Jangan tunggu lagi. Mulakan langkah pertama anda untuk menjelajah dunia. Terokailah dunia ketika anda masih muda.
[Sedutan: Majalah Solusi isu 42]
-Artikel sumbangan Biro Sosial & Kebudayaan-

No comments:
Post a Comment