JAWATANKUASA KESKEP 2016-2018

Friday, 6 July 2012

BANYAKKAN BERDOA


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi.”

(Riwayat al-hakim dan Ibn Abi al-Dunya)



Semasa berdoa, pastikan anda mematuhi adab-adab berdoa seperti:

  • Berdoa dalam keadaan berwuduk serta bersih daripada sebarang kotoran, hadas dan najis.

  • Mulai doa dengan membaca Bismillah dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.

  • Duduk dan menghadap ke arah kiblat.

  • Memohon ampun dengan merendah diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.

  • Berdoa dengan bersungguh-sungguh serta memahami isi dan maksud doa, bukannya semata-mata membaca doa.

  • Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan merendahkan suara.

  • Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.

  • Mengulangi bacaan doa sebanyak tiga kali bagi sesuatu hajat yan lebih berat atau yang lebih diutamakan.

  • Menghindari diri daripada sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian atau pekerjaan.

  • Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara keseluruhan untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

[Sedutan: Majalah solusi isu 30]

-Artikel sumbangan Biro Sosial & Kebuadayaan-

No comments:

Post a Comment