JAWATANKUASA KESKEP 2016-2018

Friday, 27 July 2012

ADAB BERGURAU


ü  Niat yang benar. Dibolehkan bergurau dengan niat menghilangkan rasa penat, bosan, lesu serta bagi menyegarkan jiwa supaya memperoleh semangat baru bagi meneruskan tugasannya sebagai hamba dan khalifah.

ü  Tidak berlebih-lebihan dalam bergurau kerana Islam menuntut agar bersederhana dalam setiap perkara.  Terlalu kerap bergurau boleh menjatuhkan kewibawaan seseorang.

ü  Elakkan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau kerana meraka selalu menganggap serius setiap ucapan dan perbuatan walaupun sekadar gurauan.

ü  Tidak bergurau dalam perkara-perkara yang serius seperti talak, kahwin, rujuk, semasa menjadi saksi dan sebagainya.

ü  Tidak menakut-nakutkan seseorang muslim. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“tidak halal bagi seorang muslim membuat takut seorang muslim yang lain.”
(Riwayat Abu Daud)

ü  Berkata benar walaupun sedang bergurau. Inilah sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabdanya yang bermaksud

“sesungguhnya aku juga bergurau senda namun aku tidak mengatakan kecuali yang benar.”
(Riwayat al-Tabarani)

ü  Jangan memperlekah individu tertentu atau kelompok tertentu dengan tujuan untuk bergurau.

ü  Menjauhi bergurau dengan tangan dan kata-kata yang buruk. Allah berfirman yang bermaksud:

“Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka.’
(Surah al-Isra’17:53)

ü  Tidak banyak tertawa. Rasulullah telah mengingatkan umatnya agar tidak banyak ketawa berdekah-dekah:

“Jangan kalian banyak tertawa. Sesungguhnya banyak tertawa dapat mematikan hati.”
(riwayat Ibn Majah)

ü  Bergurau dengan orang yang sesuai seperti kanak-kanak sebagaimana gurauan Rasulullah dengan Anas bin Malik dan Abu Umair.

[Sedutan: Majalah Solusi Isu 30]

-Artikel sumbangan Biro sosial & Kebudayaan-

No comments:

Post a Comment